Monday, 14 October 2013

Juara Carta Cinta - Bab 1

hidupku tenang di suasana kampung , di bandar? derita dan tekanan yang hanyaku dapat . sambil menghirup udara segar di tepi sawah , Anira menjerit sekuat hatinya bagi melepaskan amarahnya 

Ouchhh ! tak guna punya batu, aku tengah jalan ni bagi lah laluan sikit . Dengus Anira ..
ketika itu , ada sepasang mata sedang memerhati sambil tersenyum . 

Mak ! Mak ! sedappnya bau , masak apa tu ? tahun ni kita sembelih itik kan ? kan ? 
Iye lah , dah besar sangat dah itik kat belakng tu , daripada jual baik bawak masuk perut .  Esok dah raya , tak reti-2 tolong mak ni ke ? 

anira hanya tersengih ... 

malam itu , rumahnya riuh-rendah dengan kedatangan kakak dan abangnya serta anak-anak saudaranya . Pelita dipasang di sekeliling rumah bagi memeriahkan malam raya . Anak jiran tetangga datang sambil bermain bunga api . 

Niraaaaaaaaaaa ! kau buat apa lagi tu ? tak sedar dengan umur ke ? tanya kak longnya
Ala , kak . main bunga api je , dalam adat main mercun mana ada tulis budak-budak je boleh main .
Haa , menjawab je tahunya . Kak long hanya menggelengkan kepala . ''tak berubah-ubah'' bisik hatinya 

kak long ! kak long tak nak anak lagi ke ? persoalan Anira membuatkan kak longnya terdiam .
akak ...... akak marah ke ?
kak long bukan tak nak , tapi kak long dah tak boleh beranak lagi . Aiman tu anak terakhir akak lah nampaknya . Sayu sahaja suaranya . 
Hmm , sorry kak .
takde apalah , haa . kau dengan Zaman tu macam mana ? bila nak tunang ? 
Anira pula terdiam dengan soalan kak longnya .
eh , kak ! jom masuk , banyak gila nyamuk . habis tangan nira yang mulus ni , hahaha . 
kak longnya tahu itu cuma akal-akal nira untuk mengelak daripada soalannya . 

''Assalammualaikum .. lamunan Nira terhenti apabila disapa oleh suara garau''
''erk , waalaikumussalam . wat apa dekat sini ?''
''eh , sepatutnya  saya yang tanya , awak wat apa sorang2 dekat sini ?anak dara tak elok-elok duduk sorang-sorang , malam-malam pulak tu '' jawab Kimi sambil tersenyum 
''saya tak boleh tidur , lagipun bukannya sunyi . malam raya , kan ?'' 
''awak lak ?''
''saya tengah kira bintang . masa lalu tadi nampak ada awek cun dekat rumah mak Kiah , itu yang singgah kejap . kot-kot ada yang dah terlepas daripada penjara . seram sejuk jugak saya tadi '' selorok Kimi  
Anira tergelak kecil , '' tak lawak , okey '' 
'' dah tu , kenapa gelak ? ''
saja .. Anira kembali teringat sewaktu zaman persekolahannya , Kimi pernah meluahkan perasaanya , tetapi Anira terpaksa menolak kerana dia ingin menumpukan kepada SPM nya . Kimi selalu berada di sampingnya, seorang yang memahami dan penyayang. Dia tak pernah marah walaupun dia tahu Anira menyukai teman baiknya . Rasa malu menyelubungi hatinya . 
'' saya nak masuk dulu lah '' 
'' awak ? marah dengan saya ke ? kan kita dah lama tak jumpa '' 
'' takdelah , sejuk kat luar ni . lagipun tak manis duduk berdua ni '' 
sewaktu Anira sedang melangkah tangga , dia seakan terlanggar sewaktu menyebabkan dia tidak seimbang dan hampir jatuh terlentang . Namun tangan Kimi lebih cekap menyambut . Anira terkejut ! mata Kimi seakan ingin menembus bola mata Anira menyebabkan Anira semakin takut .
'' apa aku nak buat ni ?'' bisik hati Anira  ............


saksikan sambungannya nanti , terima kasih 

No comments :

Post a Comment

sape-ll yang dah bace tu , ce komen ciket . sayang awok