Wanita yang diidamkan

Assalammualaikum , wow ! wow macam gempak je , macam daebak je dengan title entry ni . Sebenarnya aim buat entry ni nak cerita pasal diri sendiri . Impianku menjadi perempuan solehah , bakal isteri yang penuh rahsia . Tengok umur memang macam tak sesuai , tapi sekarang ni otak dah maju , matang lagi mana taknya hidup dalam dunia maklumat . 

Harini kita tukarlah , asyik yaya yaya jerh . macam bibik pulak . kita up sikit jadi Mia , okey? 
Mia nak jadi perempuan yang penuh rahsia sebenarnya , impian mia nak dapat suami yang mia tak kenal dan bercinta selepas perkahwinan . sebab tu mia kekalkan prinsip " No couple until married " . actually rasanya mia dah langgar prinsip tu even mia tak couple tapi mia dah hidup dalam dunia couple . rasa macam mana disayangi , dipujuk dan perpisahan . mia memng suka disayangi tapi mia berharap itu berlaku masa alam perkahwinan . Halal lagi .. Mia takut terjurumus dalam zina , bukan zina dalam bilik tu . tapi zina mata , zina hati .. 

Bayangkan ada pasangan yang bercouple 10 tahun tapi berakhir menjadi penceraian . sebab apa? manis dalam perkahwinan dah hilang  . kalau difikir logik lah kan , tak payah sampai 10 tahun lah , 2 tahun jek kita dah boleh mengenal dia . dah tahu hobi dia , kegemaran dia , perangai dia . nanti bila dah kahwin awak nak cerita pasal apa ? semua dah tahu . apa yang manisnya ? itu salah satu punca penceraian nak manja2 pun dah tak boleh sebab masing-masing dah tahu taktik dia manja macam mana , siap menyampah and cakap " asyik manja macam ni je , bosan lah " 

mia pikir jauh sangat , ayah mia ada cakap ayah harap mia dapat jadi anak yang terbaik . sebab apa? perangai mia sebijik sedebik macam ayah . tapi apa mia buat ? baru form 2 dah pernah pergi mall , baru form 2 dah nakal nak gi jalan2 , baru form 2 ngde2 pi belajar bawak motor , baru form 2 dah pandai nak berjumpa . mia mintak maaf sesangat yahh . mia tak jadi anak baik . 2 hari mia cari kebenaran , mia nak akhiri semuanya . tapi tak tahu macam mana , mia dah terlanjur sayang , mia dah ada sifat rindu . mia nak larikan diri daripada semua orang tapi mia tak boleh , mia dah biasa hidup macam ni sentiasa ber ' facebook , main hanpon , dipanggil sayang . mia tak nak semua tu , tapi mia tak dapat halang . 

mia suka berkawan , mia suka kalau ada orang buat mia gelak . mia jahat ! mia sedang menyakiti hati orang lain sebab kan hal ni . mia nak bagitahu , tapi tak tahu nak jelaskan macam mana . andai awak harapkan kita berjodoh , anggap lah kita seperti biasa . sembunyikan sifat sweet awak tu .untuk isteri awak nanti . sedih isteri awak nanti kalau dapat tahu awak dah gunakan dulu pada orang lain .. 
harap faham lah ye ..mia sendiri tak boleh lari dari sifat ni tapi mia cuba l baru tingkatan 2 , mentah ! 

kesimpulannya : jangan anggap couple itu kekal , jangan anggap couple itu sebagai perkahwinan . simpan untuk nikmati kemanisan di kemudian hari . jadi lah muslimah yang penuh rahsia ~

Comments

  1. betul tu. bila dah bercouple, nnti dah kahwin tak ada apa lagi yg manisnya. semua dah tahu kan. lagipun klu zaman sekolah ni rasanya tak adanya org tu nak serious sbb jiwa masih mentah. kan? :D tapi klu dah suka, pendamkanlah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu , kita sama lah , kita sama . hi5 sikit ~

      Delete
  2. betul tu.. kalau bercinta 10 tahun sekalipon kita tak kan kenal perangai sebenar dia. Dah kawin nanti baru lar perangai sebenar keluar. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

dah baca? ada persoalan ? meh respond

Popular posts from this blog

NIQAB ~

Belajar itu Perit , Tetapi perit lagi jika TIDAK belajar